Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau Rnaught (Rt) penularan Covid-19 yang dilaporkan pada semalam terus kekal bawah paras 1.00 iaitu 0.91 hari ini.

Namun Pulau Pinang dan Pahang masih kekal dengan Rt 1.00 untuk hari kedua berturut-turut.

Negeri Sembilan merekodkan Rt 1.00 semalam kembali turun kepada 0.97 dan begitu juga Kuala Lumpur dan Perak (0.97) hari ini.

Terengganu juga kekal dengan bacaan Rt 0.99 diikuti Melaka naik daripada 0.95 kepada 0.98.

Manakala Johor pula turun daripada Rt 0.97 semalam kepada 0.96 hari ini.

Selangor juga tidak menunjukkan perubahan berbanding semalam apabila kekal dengan kadar Rt 0.95.

Bagi Kedah pula mencatatkan Rt 0.92 diikuti Perlis, Kelantan dan Labuan masing-masing merekodkan Rt 0.91.

Putrajaya mencatatkan Rt 0.90, Sabah merekodkan kadar kebolehjangkitan 0.83 manakala Sarawak masih kekal sebagai negeri terendah bacaan Rt iaitu 0.72 hari ini.-MalaysiaGazette