19 orang mangsa termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kelawang berjaya diselamatkan pasukan bomba Selangor

SEMENYIH – Seramai 19 orang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Peres-Kuala Klawang semalam  dikeluarkan dengan selamat oleh anggota bomba.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tanah runtuh dan dua lelaki disyaki terperangkap di dalam tanah runtuh itu pada jam 4.32 semalam.

Seramai 19 orang mangsa termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kelawang berjaya diselamatkan pasukan bomba Selangor

“Bertindak atas panggilan kecemasan itu seramai enam anggota dan pegawai serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama 11 anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) telah bergegas ke lokasi kejadian tanah runtuh.

“Sejurus tiba di lokasi tanah runtuh jam sekitar 5.54 petang mendapati anggota bomba menemui dua lelaki yang mana salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan kerana dihempap pokok yang tumbang akibat tanah runtuh manakala seorang lagi rakannya ditemui selamat tanpa kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, anggota penyelamat menemui dua lagi lelaki berusia 22 dan 23 tahun pada jam 1.34 pagi tadi.

Menurut Zulfikar, pihaknya mendapat maklumat satu keluarga terperangkap dalam insiden tanah runtuh itu di lokasi sama dan pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa.

19 orang mangsa termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kelawang berjaya diselamatkan pasukan bomba Selangor

Ujar beliau, hasil pencarian dalam tanah runtuh itu, pasukan penyelamat menemui 17 lagi individu, termasuk empat kanak-kanak berusia antara lima hingga 54 tahun, pada jam 5.30 pagi tadi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal tetapi kelihatan lemah dan lesu,” jelasnya.

19 orang mangsa termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kelawang berjaya diselamatkan pasukan bomba Selangor

“Pada jam 10.10 pagi tadi kesemua mangsa tanah runtuh itu diberikan rawatan awal,” ujarnya.

Kumpulan pertama dua lelaki yang diselamatkan adalah Yap Yong Kang, 22, dan Yap James Fong, 23, yang didapati terseliuh di pergelangan kaki kanan akibat dihempap pokok tumbang.

19 orang mangsa termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kelawang berjaya diselamatkan pasukan bomba Selangor

Kumpulan kedua terdiri daripada 17 orang termasuk empat orang kanak-kanak iaitu:

1) Mohamad Shahrul Zahari (31 tahun)
2) Idris Darus (40 tahun)
3) Mohamad Fauzi Mohd Noor (43 tahun)
4) Ahmad Khairul Kamal Attan (37 tahun)
5) Nur Hafiza Hanit (36 tahun)
6) Muhammad Khairi Hanit (28 tahun)
7) Zubaidah Mohd Salleh (54 tahun)
8) Zuhaida Hanit (40 tahun)
9) Ariza Suhaila Hussin (35 tahun)
10) Mohd Azrul Khomri (36 tahun)
11) Anuar Helme Zulkifli (35 tahun)
12) Noraliza Mohd Ali (34 tahun)
13) Lina Kaisah Mohd Azrul (6 tahun)
14) Fateen Kaira Mohd Azrul (4 tahun)
15) Mia Kaisara Mohd Azrul (8 tahun)
16) Sofea Eryna Anuar Helmi (9 tahun)
17) Keisha Adreena Anuar Helmi (5 tahun)

Kesemua mangsa ditemui pada jarak enam kilometer daripada tempat kejadian.  – Malaysiagazette