KUALA LUMPUR – Para pemandu dalam perjalanan ke arah utara diminta memandu dengan berhati-hati berikutan penutupan sementara lorong kanan di antara di KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan.
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelengaraan segera dilaksanakan berikutan penemuan lubang benam pagi ini.
Pasukan PLUSRonda mengesan lubang benam pada pukul 7.44 pagi dan bertindak menutup lorong buat sementara waktu demi keselamatan pelanggan lebuh raya.
Pada masa ini hanya satu lubang benam dikesan dan PLUS akan terus memantau kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan.
Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan mengikuti semua papan tanda amaran lalu lintas di kawasan tersebut.
Lorong kiri di laluan akan dibuka sepenuhnya selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dan disahkan selamat untuk kegunaan pelanggan lebuh raya. – MalaysiaGazette