pemandu trak tunda yang disyaki mencuri sebuah kereta HOnda City yang diparkir di kawasan banjir dalam keadaan baik di Seksyen 23 Shah Alam 18 Disember lalu berjaya dicekup polis. Gambar Ihsan: Netizen

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu trak tunda dicekup selepas disyaki mencuri sebuah kereta Honda City yang pakir dalam keadaan baik di tepi Jalan Persiaran Perusahaan Seksyen 23 Shah Alam kerana kawasan tersebut dilanda banjir.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pengadu memakir kereta berkenaan pada 6 petang, 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, kira-kira jam 8.45 malam pengadu mendapati kenderaanya berada di atas lori penunda atas nama sebuah syarikat yang beroperasi di Telok Gadong, Klang.

Pengadu berkata, lori tunda itu dipandu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Pemandu itu mendakwa seorang lelaki lain telah menyuruhnya dia menunda kereta milik isteri pengadu ke bengkel.

“Pengadu sempat memeriksa kereta dan mendapati bateri kereta hilang, nombor pendaftaran depan dan belakang dipatahkan dan pelekat cukai kereta telah hilang,” katanya.

Pengadu tampil membuat laporan polis semalam.

Arjunaidi menambah, pemandu lori yang berusia 26 tahun itu ditahan dan reman telah dibuat hari ini.

“Kebenaran reman selama dua hari sehingga esok telah diperolehi ke atas suspek di Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayahuntuk membantu siasatan lanjut.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya. – MalaysiaGazette