KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 2,757 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,778 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan wabak itu di Malaysia setakat ini mencecah 2,743,936 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam. – MalaysiaGazette