new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini meningkat dengan 4,620 kes berbanding semalam 3,539 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih kini bertambah sebanyak 2,669,654.

Katanya, jumlah kes yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) turut berkurangan iaitu 297 dengan 169 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun Noor Hisham memberitahu, pihaknya mengesan tujuh lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ujarnya, terdapat 223 kluster yang masih lagi aktif dan jumlah keseluruhan kluster yang ditemui setakat ini adalah sebanyak 6,110.

Terdahulu hari ini Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 2,757 kes jangkitan bahru Covid-19 dilaporkan di seluruh negara ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,594 kes adalah penularan tempatan manakala 163 lagi adalah kes import.

Katanya, sebanyak 2,717 kes harian baharu itu terdiri daripada katergori satu dan dua manakala 40 lagi adalah dalam ketegori tiga, empat dan lima. – MalaysiaGazette