BEIJING – Kes koronavirus bergejala di China menular semula, dengan kebanyakan jangkitan baharu dilaporkan di bandar barat laut Xian ketika ia memasuki hari kelima perintah berkurung.
Sebanyak 150 kes simptomatik dilaporkan pada hari Ahad berbanding 155 sehari sebelumnya – kekal kecil berbanding dengan banyak kluster di luar negara.
Bagaimanapun, Xian telah mengenakan sekatan ketat bagi menyokong usaha Beijing membendung wabak ini secepat mungkin.
Wabak terbaharu ini telah meningkatkan kes tempatan sebanyak 635 di Xian, sebuah bandar dengan populasi 13 juta orang.
Dalam tempoh 9 hingga 26 Disember tiada jangkitan varian Omicron lagi dilaporkan.
Di seluruh China, sejumlah 162 kes jangkitan Covid-19 disahkan pada hari Ahad, meningkat daripada 158 sehari sebelumnya, menurut data rasmi pada hari Isnin.
Tiada kematian dilaporkan pada hari Ahad. – Reuters