KUALA LUMPUR – Tular sejak malam tadi mengenai satu video jemaah umrah yang baru pulang ke tanahair ‘mengamuk’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Video berdurasi satu minit 44 saat itu yang dimuatnaik ke Instagram turut menunjukkan para jemaah berang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ).

Menurut Ansar Lashari yang memuat naik video itu di Facebook mendakwa perbuatan itu dilakukan jemaah kerana tidak berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) pemakaian peranti pengesanan digital yang didakwa memakan masa terlalu lama.

“YB KJ datang melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA.

“Ini adalah situasi selepas pulang dari umrah. Percubaan pertama dari kerajaan dan KKM untuk pakaikan jam tracker itu terlalu lama sangat. Lima jam menunggu sahaja,” katanya di Facebook.

Video berkenaan kali pertama dimuatnaik ke aplikasi Tik Tok oleh pengguna bernama Zulkufli Mohamed.

Pengguna mendakwa kekecohan yang dirakamkan itu merupakan situasi selepas pulang dari umrah dengan percubaan pertama dari kerajaan dan KKM memasang peranti kepada jemaah yang baru pulang berkenaan.

Pada 25 Disember lalu, Khairy dalam sidang media memaklumkan individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib memakai gelang peranti pengesanan digital susulan peningkatan kes varian Omicron.

Menurutnya, pelaksanaan itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 varian Omicron di Malaysia yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lalu adalah kes import dari Arab Saudi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast