logo polis
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang mekanik mengalami kerugian RM170,030.89 pada Isnin lalu selepas mendedahkan butiran akaun miliknya kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof  berkata, menerusi panggilan telefon, suspek memperdaya mangsa dengan mendakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya, mangsa yang berusia 65 tahun itu diminta untuk membuka akaun Agrobank dan diarahkan memindahkan wang berjumlah RM520,000 selain diminta menghantar gambar bahagian depan dan belakang kad ATM.

Tambah beliau, mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di Balai Polis Kuantan.

Menurut Wazir, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette