KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.

Berbeza daripada kelaziman, sambutan tahun baharu kali ini disambut dengan solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.

Ini susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan sambutan Tahun Baharu 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast