Anggota polis memantau dan mengawal pengerakan orang ramai di sekitar Pavillion ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan tiada sambutan tahun baru dibenarkan di Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Polis mengeluarkan kompaun terhadap 12 individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara di sekitar Bukit Bintang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dianggarkan kira-kira 700 hingga 1,000 individu berkumpul dalam cuaca hujan renyai di sebuah pusat beli-belah terkenal sehingga ke persimpangan restoran makanan segera di kawasan berkenaan.

“Anggota yang bertugas telah mengambil tindakan mengawal orang ramai dengan mengarahkan mereka supaya sentiasa terus berjalan dan mengelak supaya berhenti atau berkumpul.

“Turut dilakukan hebahan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi penjarakan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, aliran trafik di kawasan berkenaan turut dikawal supaya orang ramai dapat melintas dengan lancar serta tidak berlaku kesesakan.

“Tindakan kompaun juga dikeluarkan kepada orang ramai yang masih tidak mengendahkan amaran dan ingatan yang disampaikan.

“Justeru, seramai 12 individu telah dikompaun dengan nilai RM1,000 bagi setiap kompaun,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast