Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa gambar dan video tular di media sosial semalam yang memaparkan sekumpulan individu didakwa penjawat awam di sebuah klinik kesihatan di negeri itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.

“JKNJ mengambil maklum tentang sebarang viral (tular) di media sosial berkaitan Majlis Jasamu Dikenang yang melibatkan penjawat awam di klinik kesihatan terbabit.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit khususnya yang terlibat dalam pelanggaran SOP Majlis Keselamatan Negara. Susulan itu, tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNJ.

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan sekumpulan individu dipercayai penjawat awam daripada sebuah klinik kesihatan di negeri ini didakwa telah melanggar SOP dalam satu majlis, sehingga mengundang komen negatif di media sosial berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast