nasi kandar Ipoh helicopter Ebit Lew sexual harassment Abd Jalil Hassan CCID commercial crime online gambling syndicates Op Dadu Khas
Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan kematian seorang lelaki di sebuah kondominium di Cheras baru-baru ini dibunuh oleh pegawai polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, polis menerima maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada jam 8.05 malam pada 30 Disember lalu.

Sepasukan polis dari Balai Salak Selatan yang berkejar ke tempat kejadian mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz yang tiba di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 20 kondominium berkenaan.

“Malah, maklumat daripada saksi mendapati mangsa tinggal seorang diri selepas isterinya keluar rumah sejak 7 Disember lalu akibat masalah rumah tangga hingga menyebabkan lelaki itu mengalami masalah tekanan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menerusi pemeriksaan pada kamera litar tertutup mendapati mangsa memasuki lif berseorangan dan keluar di tingkat 20.

Turut ditemui tin arak dan satu pelitup muka yang telah dihantar ke jabatan kimia untuk pengesanan.

Sehubungan itu, Abd Jalil menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran orang awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast