Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Selagi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO belum menarik ketetapan bantuan-bantuan kepada rakyat termasuk pengeluaran i-Citra sekali keluar berjumlah RM10,000. maka garis panduan ini masih terpakai.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, dalam ketetapan itu menyebut ”Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambah-baikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC), moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik.

Ketetapan itu diputuskan oleh MKT pada 27 Ogos 2021 selepas Yang di-Pertuan Agong perkenan melantik Ismail Sabri selaku perdana menteri.

Oleh itu, katanya, pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi mengenai pengeluaran i-Citra bukannya baru sekarang atau hanya terbatas kepada musibah banjir yang melanda, sebaliknya memenuhi hasrat dan menyantuni tuntutan rakyat yang susah dan terdesak sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pasca PKP lagi.

Artikel berkaitani-Citra: Perdana Menteri, dengarlah rintihan rakyat – Pencarum

i-Citra: Dengar rintihan rakyat, jangan ditutup sepenuhnya – Ahmad Zahid

Rakyat tagih i-Citra kerana terdesak – Najib

PM wajar pertimbangkan semula kelulusan i-Citra RM10,000 – Noor Hariri

i-Citra: PM perlu selami rintihan rakyat

i-Citra: PM dengarlah rintihan rakyat, bukan nasihat menteri kewangan

Asyraf berkata, bahkan kenyataan Ahmad Zahid  hanya menegaskan kembali ketetapan MKT ketika menggariskan beberapa panduan utama buat Naib Presiden 1 UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Asyraf mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang berharap masih ada ruang buat kerajaan membenarkan lanjutan skim i-Citra.

Presiden UMNO itu berkata, rakyat yang menjadi mangsa banjir, ditimpa bencana tanah runtuh, masih dalam kesempitan kesan darurat dan PKP separuh masak yang lepas.

Jika menteri kewangan memberi nasihat sebaliknya kepada kerajaan, Kabinet telitilah dengan mendalam terlebih dahulu.

“Perlu ada ‘political will‘ kerana rakyat yang baru terjejas atau sekian lama terkesan perlu wang untuk perbaiki keadaan mereka,” ujar Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Belum tarik balik arahan macam dia pemerintah je???? . Beginilah lagak umno parti sebagai penguasa negara. Sebab itu 1mdb boleh maju poket sendiri hutang negara bayar harta milik anak buah waris kerabat.

  2. Asraf sewaktu dgn Zahid.ketinggalan zaman.MT UMNO bukan kerajaan. MT UMNO mengkayakan tembolok Cina mcm Wong dgn MyEg MT pompuan tu. Azeez korup, Ku Nan Korup,Najib Korup.Sebab itu rakyat dah tolak UMNO.Tak faham ke.Silap haribulan suara Melayu tukar ke Bersatu dan PAS je.Sabri Ismail Perdana Menteri. Tiba masa UMNO buang mereka yg korup kalau nak stay relevanpada orang Melayu.Pejuang bangsa Melayu konon. Yang Asraf tahu kwsp kwsp kwsp bengap sungguh.Cina2 kuli dan Tamil2 estet, UMNO dah jadikan bilonair…

Comments are closed.