Keluarga Anita Baharom.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Anita Baharom meninggal dunia pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan pelakon itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Assalamualaikum, duka cita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya.

“Pada awal pagi tadi, 1 Januari 2022. Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” kongsinya di Instagram.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, di Shah Alam akibat penyakit kencing manis.

Anita dan suami mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast