Varian Omicron di India bertambah dalam 24 jam lalu. Indiatoday.In

DELHI – Hari ini India merekodkan sebanyak 27,553 kes positif Covid-19 dalam 24 jam lalu.

Ia merupakan 21 peratus tertinggi berbanding kadar kes positif harian yang direkodkan semalam.

Sementara itu, angka varian Omicron pula telah melepasi paras 1,500 kes dan hari ini pula mencecah Ahad iaitu 1,525 kes hari ini.

Malah, setakat 24 jam yang lalu, India juga merekodkan 284 kes kematian baharu akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah kematian sekadar ini di negara itu berjumlah 481,770.

Justeru kadar sembuh pula berada pada tahap 98.27 peratus dengan 9,249 pesakit sembuh sehingga 24 jam lalu.

Ketika ini, terdapat 122, 801 kes aktif Covid-19 direkodkan di negara republik itu iaitu peningkatan sebanyak 18,020 kes setakat 24 jam lalu.

Dalam pada itu, data penularan Covid-19 di lima negeri setakat 24 jam lalu menunjukkan Maharashtra 9.170 kes diikuti West Bengal (4,512 kes), Delhi (2,716 kes), Kerala (2,435 kes) dan Tamil Nadu (1,489 kes).

Hampir 75 peratus kes baharu telah dilaporkan daripada lima negeri berkenaaan dengan Maharashtra sendiri bertanggungjawab terhadap 33.28 peratus daripada jumlah itu.-Indiatoday.In