Aubameyang dipecat sebagai kapten pasukan selepas menghadapi masalah disiplin di Emirates Disember lalu.Foto Credit Reuters

LONDON – Newcastle United yang bergelut di zon penyingkiran dalam Liga Perdana Inggeris kini merancang untuk membeli bintang the Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang sebagai usaha menyelamatkan kelab daripada tersingkir.

Masa depan Aubameyang di Emirates kini tidak menentu selepas dia dirampas gelaran kapten pasukan oleh pengurusnya Mikel Arteta kerana melakukan beberapa kesalahan disiplin dan tidak beraksi dalam kesebelasan utama sejak Disember lalu.

Penyerang Gabon itu kini dibenarkan beraksi untuk Gabon dalam Piala Negara Afrika.

Dia tidak dijangka beraksi dalam pasukan pertama bersama Gunners selepas ini.

The Magpies yang telah diambil alih oleh seorang orang kaya Arab Timur Tengah merancang untuk mendapatkan Aubameyang sebagai menyelamatkan karier bola sepak pemain itu.

Newcastle yang memantau rapat situasi pemain itu di Emirtes bersedia memberi jalan keluar kepad Aubameyang untuk menyelamatkan kariernya dengan berhasrat mahu meminjam pemain terbabit pada Januari ini dengan opsyen pembelian tetap dengan yuran £20 juta pada akhir musim ini.

Newcastle percaya khidmat Aubameyang mampu memberi peluang pasukannya terselamat daripada zon penyingkiran selepas hanya merekodkan satu kemenangan daripada 20 aksi musim 2021/22 ini.

Jika ternyata, Aubameyang akan menjadi pemain pertama yang direkrut ke Newcastle sejak Dana Pelaburan Awam dari Arab Saudi mengambil alih kelab itu daripada Mike Ashley pada Oktober lalu.

Aubameyang, 32, tidak gembira dengan layanan di Emirates apabila hanya merekodkan 4 gol daripada 14 perlawanan setakat ini berbanding musim lalu hanya 10 gol daripada 29 perlawanan yang diharunginya.

Aubameyang juga menjadi pemain penting kepada Arteta membantu menjaringkan gol penting untuk menjulang Piala FA.

Bagaimanapun masalah disiplin pemain itu memakan diri selepas dipecat sebagai kapten pasukan.-Dailymail.com