Satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan perumahan Taman Bukit Pelali, Pengeran, Johor petang tadi.

KOTA TINGGI – Satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan perumahan Taman Bukit Pelali, Pengerang di sini kira-kira  petang tadi.

Kejadian berlaku pukul 1 petang itu susulan hujan berterusan sejak pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, tiada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dilaporkan.

Keadaan dilaporkan terkawal dan jalan masuk ke lokasi kejadian sudah ditutup atas faktor keselamatan.

“Ini merupakan kejadian berulang yang mana kejadian pertama berlaku pada 11 Januari tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Syarikat Pemaju Taman Bukit Pelali Astaka Development telah melantik GeoPakar Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan cerun.

Jabatan Kerja Raya dan Syarikat GeoPakar juga sedang mengadakan siasatan migitasi di tempat kejadian. Insiden in tidak melibatkan sebarang kerosakan dan kecederaan kepada penduduk setempat, katanya.

Polis Daerah Kota Tinggi menasihati penduduk agar mengikuti arahan pasukan penyelamat sekiranya di minta untuk berpindah.

Kawasan itu pernah mengalami kejadian sama pada 11 Januari tahun lepas dan kini sedang dalam kerja-kerja pembaikan.-MalaysiaGazette