Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian mencecah 31,532 kes.

Daripada jumlah itu, empat diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor merekodkan lima kematian, kes tertinggi semalam, diikuti Terengganu (empat), Johor (tiga) dan Sabah (dua).

Manakala Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Kelantan masing-masing dengan satu kes kematian.

Putrajaya, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Labuan pula sifar kes kematian.

Sehingga lewat malam tadi, sebanyak 40,606 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan 284 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu sebanyak 156 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast