Facebook Melaka United.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain bek tengah Melaka United FC, Khairul Helmi Johari terkejut apabila hanya mengetahui di hantaran laman Facebook kelab itu telah ‘mengucapkan’ selamat tinggal kepadanya.

Menerusi Facebook miliknya, dia memberitahu tidak tahu khidmatnya tidak lagi diperlukan pada musim baharu.

“Nasib follow FB dengan IG, tidak tak tahu deh. Terima kasih semua dan sehingga kita berjumpa lagi,” tulisnya.

Khairul Helmi memang tidak asing dalam arena bola sepak tempatan apabila menjulang banyak kejuaraan bersama pasukan lamanya, Kedah Darul Aman FC.

Dia mula menyertai Melaka United pada permulaan musim lalu selepas dilepaskan Kedah.

Namun, seiring usianya, kudratnya kurang digunakan Melaka United.

Dalam saingan Liga Super musim lalu, dia diturunkan sebanyak lapan kali dengan 50 peratus dalam kesebelasan utama.

Sebagai seorang pemain pertahanan berusia 33 tahun, Khairul Helmi masih mampu beraksi walaupun tidak semaksimum ketika beraksi bersama Kedah selama kurang lebih 14 tahun.

Sementara itu, Melaka United FC di laman Facebook miliknya merakamkan setinggi penghargaan buat 11 lagi pemain yang meninggalkan pasukan itu bagi musim 2022.

Mereka termasuk dua pemain import iaitu Manuel Ott dan Giovane Gomes da Silva serta dua penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Solehin Mamat.

Turut meninggalkan pasukan ialah S Kumaahran, Khairul Helmi Johari, Gary Steven Robbat, Jasmir Mehat, Farid Azmi, Amirul Hamer dan Shyamierul Razmee Jasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast