Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan antara lima daripada tujuh negara ASEAN yang mencatatkan peningkatan persekitaran pembuatan pada bulan terakhir 2021, demikian menurut data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Markit.

Semalam, IHS Markit berkata PMI pembuatan Malaysia meningkat kepada 52.8 pada Disember 2021 daripada 52.3 pada November yang menandakan peningkatan kukuh sektor terbabit.

Berikutan itu, prestasi purata bagi suku akhir berkenaan menjadi suku paling kukuh sejak tinjauan itu dimulakan pada 2012.

Menurut IHS Markit, persekitaran pembuatan ASEAN juga terus merekodkan pemulihan yang ketara pada Disember.

“Output dan tempahan baharu meningkat semula dengan kadar pertumbuhannya menghampiri paras kemuncak pada Oktober lepas.

“Kekangan bekalan pada masa ini turut menyumbang kepada langkah-langkah inflasi lebih ketara, namun kadar kos dan inflasi harga output terus meningkat pada bulan itu dan kekal menjadi antara yang paling kukuh pernah dicatatkan,” katanya dalam nota tinjauannya hari ini.

IHS Markit berkata, PMI utama itu kekal melebihi paras neutral 50.0 pada Disember dan menunjukkan tahap peningkatan bulanan sektor pembuatan ASEAN untuk bulan ketiga berturut-turut.

Malah, kenaikan daripada 52.3 pada November kepada 52.7 pada Disember lepas juga menjadi petunjuk peningkatan tahap yang kedua terpantas pernah dicatatkan.

Pertumbuhan itu didahului oleh Singapura dengan PMI utamanya mencecah paras tertinggi pada 58.0 (sepertimana April 2013) yang menunjukkan kenaikan secara menyeluruh yang ketara manakala Indonesia merekodkan peningkatan persekitaran untuk bulan keempat berturut-turut.

PMI negara itu (53.5) susut daripada kenaikan dicatatkan pada Oktober lepas namun tetap menunjukkan kadar pengembangan yang ketara.

Malaysia dan Vietnam mencatatkan pemulihan yang kukuh pada Disember 2021.

Di Malaysia, PMI tersebut meningkat kepada 52.8 — paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan dan menunjukkan peningkatan kukuh sektor pembuatan manakala Vietnam mencatat 52.5 iaitu yang tertinggi sejak Mei lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast