MGNews: Terharu…Bersyukur…Mangsa Banjir Lega Bantuan Wang Ihsan Ringankan Tanggungan Beban

Penduduk yang terjejas teruk akibat musibah banjir lebih dua minggu lalu menarik nafas lega selepas menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Kesemua penduduk yang ditemui masing-masing melahirkan rasa syukur dengan bantuan daripada kerajaan persekutuan kepada mereka terutamanya untuk memulakan semula kehidupan selepas fasa bencana alam yang begitu menyukarkan.