Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah itu, sembilan kes berlaku di luar hospital (BID).

Pertambahan itu menjadikan angka kematian terkumpul sebanyak 31,591.

KKM berkata, Selangor merekodkan angka kematian tertinggi iaitu sembilan kes dan tiga kes di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Sabah.

Dua kematian masing-masing di Pahang dan Pulau Pinang serta satu kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Tiada kes kematian dilaporkan di Putrajaya, Melaka, Perlis, Sarawak dan Labuan.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sudah mencecah 2,769,886. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast