Geng samun bersenjata parang menyasarkan mangsa memandu kenderaan mewah dan berantai emas semasa isi petrol di stesen minyak di ibu negara tumpas di tangan polis dalam beberapa siri serbuan antara 21 hingga 28 Disember 2021. -Gambar ihsan Polis IPD Sentul.

KUALA LUMPUR – Sasaran mangsa menaiki kereta mewah dan memakai barangan kemas dan menyamun mereka ketika mengisi petrol di stesen minyak di Lembah Klang.

Itu modus operandi geng penjenayah bersenjata parang dan mangsa terbaharu mereka seorang lelaki tempatan yang sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak stesen minyak Shell Mastiara, Jalan Kampung Batu di sini pada 19 Disember 2021.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada hari kejadian, lebih kurang pukul 12.30 tengahari itu, mangsa sedang mengisi minyak kereta dan didatangi seorang lelaki menarik rantai leher emasnya sambil mengacukan sebilah parang.

“Mangsa terkejut dan bertindak melarikan diri menyebabkan suspek gagal menarik rantai mangsa namun suspek mengambil milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara barangan dan kenderaan suspek samun bersenjata parang yang dirampask polis.- Gambar Ihsan Polis IPD Sentul.Bagaimanapun, menurut Eng Lai, geng samun berparang itu akhirnya ditumpaskan polis.

Menurut beliau, hasil siasatan awal pihaknya mendapati suspek yang terlibat dipercayai seramai empat hingga lima orang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna hijau gelap dengan nombor pendaftaran PDX9929.

Geng samun bersenjata parang menyasarkan mangsa memandu kenderaan mewah dan berantai emas semasa isi petrol di stesen minyak di ibu negara tumpas di tangan polis dalam beberapa siri serbuan antara 21 hingga 28 Disember lalu.Ihsan Polis IPD Sentul.

Tambah beliau, sepasukan polis  telah membuat beberapa serbuan berdasarkan hasil risikan dan serbuan pertama telah dibuat pada 21 Disember 2021 di mana seramai dua orang lelaki  telah ditahan manakala tujuh hari kemudian iaitu pada 28 Disember 2021 satu lagi serbuan telah dijalankan dan hasilnya seramai tiga lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

“Jumlah keseluruhan suspek yang berjaya ditahan oleh pihak polis kerana disyaki bertanggungjawab atas insiden samun di stesen minyak itu adalah seramai lima orang dalam serbuan di lokasi yang berasingan.

Geng samun bersenjata parang menyasarkan mangsa memandu kenderaan mewah dan berantai emas semasa isi petrol di stesen minyak di ibu negara tumpas di tangan polis dalam beberapa siri serbuan antara 21 hingga 28 Disember lalu.Ihsan Polis IPD Sentul.

“Kesemua tangkapan tersebut berusia lingkungan umur 28 hingga 42 tahun dan hasil pemeriksaan terhadap mereka polis juga telah berjaya merampas dua bilah parang, sebuah motokar, tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah dompet milik mangsa, tiga keping kad Touch and Go dengan salah satunya adalah milik mangsa,” ujarnya.

Tegas Eng Lai, turut dirampas seunit spanar dan seunit allen key yang diubahsuai disyaki digunakan geng penjenayah berkenaan untuk mencuri kenderaan serta beberapa dokumen.

“Kesemua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan telah direman bagi membantu siasatan lanjut.

“Kini kesemua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk siasatan lanjut. Susulan dari operasi yang dijalankan ini, polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun yang dilaporkan di ibu negara dan dua lagi kes di kawasan Selangor.- MalaysiaGazette