Kejadian kebakaran melibatkan empat buah kedai dua tingkat malam tadi. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Empat buah kedai dua tingkat hampir musnah dalam kebakaran  berhampiran sebuah stesen minyak Taman Sri Manja, Taman Petaling Utama dekat sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.39 malam membabitkan dua buah kedai alat ganti kereta dan dua buah kedai motosikal serta aksesori berkeluasan kira-kira 130 meter persegi.

Menurut beliau, seramai 38 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala, BBP Seksyen 7, BBP Subang Jaya serta BBP Puchong terlibat dalam operasi pemadaman dengan diketuai Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II, Samso Ismail.

“Anggaran kemusnahan secara keseluruhan adalah 80 peratus dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Norazam, kebakaran yang berlaku dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 10.11 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast