MGNews : Tuduhan Terhadap Azam Bermotifkan Politik – NGO

Penjelasan yang dibuat oleh Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan kononnya beliau melakukan salah laku mendapat reaksi positif daripada NGO.

Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM), Shahbudin Embun berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Katanya, menerusi penjelasan tersebut ia ternyata jelas bahawa terdapat usaha oleh pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan integriti penjawat awam seperti Azam sekaligus menghakis kepercayaan masyarakat terhadap badan penguatkuasa undang-undang itu.