MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Seorang wanita akan direman sprm esok kerana disyaki menerima habuan bulanan.

JOHOR BAHRU- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat telah menahan seorang pesara kerajaan dan seorang pengurus syarikat bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM500,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 61 tahun itu ditahan pejabat SPRM Johor Bahru antara pukul 12.30 tengahari hingga 5 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada tahun 2019 hingga 2020, suspek pesara yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus syarikat milik kerajaan di Segamat dikatakan menerima rasuah daripada pengurus syarikat terbabit sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja kontrak perladangan di daerah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok, bagi mendapatkan permohonan reman.-MalaysiaGazette