Najib Razak

KUALA LUMPUR – Hutang negara hampir pasti mencecah RM1 trilion pada bulan ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, nisbah hutang sudah naik dari 48.7% sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ke lebih 64% manakala jumlah nilai hutang naik daripada RM686.8 bilion kepada lebih RM995.3 bilion hari ini.

”Sikit lagi akan capai sasaran geng “selamatkan Malaysia” bagi hutang negara benar-benar RM1 trilion. Hampir pasti akan tercapai bulan ini.

”Negara sudah diselamatkan” sindirnya dalam hantaran di Facebook.

Katanya, aset-aset negara bernilai lebih RM30 bilion dibina masa Barisan Nasional pula terjual manakala Petronas telah dijarah hampir RM200 bilion sejak PRU14.

Menurut Najib, berbeza semasa zaman sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, yang mana  nilai mutlak hutang negara naik dengan kadar yang sederhana manakala nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (garis warna biru) semakin menurun.

Ini bermaksud hutang negara semakin terkawal. – MalaysiaGazette