MAHARASHTRA – Seorang lelaki membunuh bapanya selepas mengetahui hasrat warga emas itu mahu berkahwin semula.

Suspek bernama Shekhar Borhaade, 47, membunuh bapanya yang berusia 80 tahun selepas menemui namanya dalam laman pencarian jodoh.

Suspek yang naik angin dengan sikap bapanya yang berhasrat untuk berkahwin semula hilang kawalan sebelum melakukan jenayah tersebut.

Suspek tidak melarikan diri, sebaliknya berjalan ke balai polis Rajguru dan menyerah diri dan mengaku membunuh bapanya.

Dalam soal siasat, suspek mengaku kecewa dengan mendiang bapanya, Shankar Rambhau Borhaade selepas mendapati dia telah membayar sejumlah wang kepada pengurusan laman web mencari jodoh untuk mendapatkan teman hidup baharu.

Selepas tidak dapat menahan kemarahan, dia mengambil pisau di dapur sebelum mengelar leher bapanya.

Suspek kemudian menggunakan blender dan mencederakan kepala mangsa berulang kali sebelum cuba memenggal kepala bapa dengan pisau.

Suspek kini direman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India kerana membunuh. -Indiatoday.In