Mohamad Faizal Musa examining one of his cattle that died in the flood at Segamat, Johor recently. Farmer devastated and lost hope to continue his farming business after 121 out of 140 cattle perished in the flood.
Mohamad Faizal Musa examining one of his cattle that died in the flood at Segamat, Johor recently. Mohamad Faizal Musa melihat salah seekor lembu ternakannya mati akibat banjir di Segamat, Johor baru-baru ini.

SEGAMAT – Bukan seekor dua mati tapi 121 daripada 140 ekor lembu peliharaannya menjadi korban banjir.

Apa yang berlaku menyebabkan pengusahanya, Mohamad Faizal Musa, 42, kecewa dan patah hati untuk meneruskan penternakannya.

Lebih-lebih lagi beliau menyaksikan sendiri seekor demi seekor binatang peliharaannya mati dan kini menanggung kerugian melebihi RM600,000.

Mohamad Faizal Musa

Menceritakan detik itu, Faizal berkata, banjir yang berlaku terlalu pantas menyebabkan beliau dan para pekerja tidak dapat menyelamatkan lembu-lembu berkenaan.

“Kecewa sangatlah kalau kerajaan bantu saya teruskan, kalau tidak tengoklah.Tengoklah bantuan macam mana kerajaan boleh berikan pada saya. Setakat ini tidak boleh cakap apalah. Memang kecewa. Tengok macam mana.

“Dari mula kita cuba selamatkan tetapi tidak dapat selamat, boleh keluarkan sekor, dua ekor keluar sebab lembu-lembu ini besar nasib baik bot sendiri ada tetapi tidak cukup.

“Sebelum ini banjir tetapi tidak teruk, kita sudah tinggikan kandang ingat tidak kena. Rasa sudah tidak mahu buat lagi. Kecewa. Kita tengok macam mana kerajaan bantu,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu Tujuh,  Jalan Jementah di sini baru-baru ini.

Sementara itu, rakannya Teng Swee, 60, juga mengalami kecederaan apabila tangan kirinya patah ketika cuba menyelamatkan ternakan berkenaan semasa banjir berlaku.

Teng Swee

Keadaan berlaku menyebabkan Teng terjatuh dan terkena di bahagian enjin bot.

“Waktu itu tidak boleh buat apa, fikir mahu selamat sahaja tetapi lembu saiz besar, jadi agak susah. Waktu itu saya jatuh, nasib terkena enjin bot,” katanya.

Jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan peningkatan apabila 4496 orang daripada 1, 242 keluarga ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah Segamat yang mencatatkan mangsa teramai sebelum ini menurun kepada 2479 mangsa daripada 678 keluarga.-MalaysiaGazette