Najib Razak AMLA proceedings trial
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Foto AFFAN FAUZI, 13 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Prosiding di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguh 31 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

Kes berkenaan sepatutnya dijadualkan berlangung pagi ini.

Terdahulu, beberapa pengamal media yang mengikuti prosiding berkenaan ternanti-nanti kehadiran Najib dan peguamnya, Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah di perkarangan mahkamah seawal pukul 8 pagi.

Bagaimanapun, kelibat mereka tidak kelihatan sehingga dimaklumkan Mohamed Zaini yang prosiding membabitkan Ahli Parlimen Pekan itu ditunda ke tarikh lain. – MalaysiaGazette