Patrice Evra bidas sikap tidak profesional pemain man United mendesak mereka berambus dari kelab jika tidak suka menerima kritikan awam. - Gambar Reuters

LONDON – Pemenang Liga Juara-Juara Eropah Manchester United, Partice Evra membidas para pemain kelab berkenaan atas sikap mereka yang tidak suka dikritik kerana persembahan buruk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Evra meminta para pemain yang suka merungut dan asyik mengutuk kaedah kejurulatihan pengurus sementara, Ralf Rangnick agar menghentikan sikap tidak profesional itu atau dialu-alukan untuk meninggalkan kelab.

Legenda pertahanan Old Trafford itu mengaku tidak gembira dengan sikap sebilangan pemain yang mengutuk apa yang berlaku di bilik persalinan dan membocorkannya kepada umum.

Keengganan segelintir pemain memberikan kerjasama Rangnick juga dibidas oleh Evra sebagai sikap tidak beretika.

“Hentikan bercakap tentang apa yang berlaku di dalam kelab di Theatre of Dreams.

“Wahai pemain, kami minta kamu beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan, ini adalah United..sekiranya kamu tidak suka dikritik mengenai persembahan buruk anda di atas padang, sila berambus dari kelab ini dan tiada halangan untuk kami.

“Ia tidak akan merugikan sesiapa termasuk Ralf yang sedang mengambil inisiatif membawa pembaharuan dalam pasukan secara menyeluruh termasuk mengajar menerapkan taktikal permainan berkonsep high pressing atau gegenpressing untuk membaiki kualiti permainan dan mengembalikan kegemilangan kelab ini.

“Jika kamu tidak dapat mengubah sikap malas kamu dan terus mengkritik kejurulatihan Ralf, lebih baik tinggalkan kelab ini segera tanpa menyusahkan orang lain,” bidas Evra.

Katanya para penyokong akan berhibur dan menepuk tangan untuk aksi pemain di Old Trafford tetapi suasana itu tidak berlaku sekarang.

“Zaman saya beraksi untuk Man United sebenarnya kami bermain untuk menghiburkan penyokong dengan aksi terbaik untuk lencana dan kebanggaan kelab ini bukannya mengejar populariti atau wang mahal,” tegasnya.

Komen secara berterus terang dari bekas pemain itu memberi gambaran jelas dan realistik bahawa masalah sebenarnya wujud pada setiap pemain pasukan dan bukan kaedah kejurulatihan pengurus pasukan.

Evra menjadi pemain penting dalam skuad bimbingan Sir Alex Ferguson dan menjulang kejuaraan Eropah ketiga untuk kelab itu pada 2008/09 menewaskan Chelsea 5-4 dalam penentuan penalti. – Tribalfootball.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast