Datuk Mohd Kamarudin Md Din.-Foto FAREEZ FADZIL, 05 JANUARI 2022. Nicky Liow surrenders turns himself in
Datuk Mohd Kamarudin Md Din.-Foto FAREEZ FADZIL, 05 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan risikan dan pemantauan bagi mengesan kumpulan atau individu yang menjual sijil vaksin Covid-19 palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini hanya satu kes sahaja dikesan berkaitan penawaran sijil vaksin palsu.

“Kami (Bukit Aman) mengesahkan bahawa penahanan seorang pengamal perubatan yang telah dikesan menjalankan aktiviti jenayah penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu tanpa memberikan suntikan vaksin sebenar kepada orang ramai.

“Lelaki berusia 51 tahun itu telah ditahan di Marang, Terengganu dan kini direman sehingga esok untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau mana-mana balai polis berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Semalam Polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 palsu dan merampas hampir 100 keping kad peringatan (janji temu) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang membawa kepada penahanan seorang doktor di Marang, Terengganu pada jam 7 malam Sabtu lalu. – MalaysiaGazette