MUDA Melaka state election wasted opportunity #KerajaanGagalLagi #KerajaanGagal2.0 #KabinetGagal2.0 UMNO Ismail Sabri Yaakob new cabinet Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak kenyataan Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang sinis dengan misi bantuan parti itu, semalam.

Syed Saddiq berkata, pihaknya tidak membuat apa-apa kesalahan dan hanya ingin membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan di Johor.

“Keangkuhan yang luar biasa. Saya tiada niat pun nak perlekehkan kerajaan negeri.

“Musim banjir, musim membantu, katanya di Twitter beliau.

Dalam laporan MalaysiaGazette semalam, Onn Hafiz secara sinis menyatakan rasa kagum dengan lakonan Ahli Parlimen Muar itu yang didakwa mngeksploitasi bencana banjir di Johor untuk meraih kepentingan politik peribadinya.

Exco Kerajaan Negeri Johor itu juga melahirkan ‘rasa teruja’ beliau dengan kenyataan Syed Saddiq yang mempersoalkan kompetensi kerajaan negeri membantu mangsa-mangsa banjir.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, masalah timbul apabila sukarelawan Muda disiasat polis hanya kerana sampaikan bantuan terus kepada rakyat yang susah.

Apa salah kami nak bantu rakyat?,” soal bekas Menteri Belia dan Sukan itu lagi.

Sabtu lalu, Syed Saddiq mendakwa enam daripada sukarelawan parti itu disoal siasat kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP)semasa menyampaikan bantuan di pusat perlindungan sementara (PPS) kerajaan. – MalaysiaGazette

Ribuan sukarelawan bantu tapi tak buat drama macam Syed Saddiq – Onn