MUDA
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Penganalis isu semasa, Bong Jenn Fonng bingung apabila dirinya telah diterima sebagai ahli Ikatan Demokratik Malaysia atau MUDA tanpa melakukan apa-apa permohonan.

Jenn Fonng yang kecewa dengan keadaan itu berharap Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memberi penjelasan yang munasabah.

Ketika dihubungi Sinchew Daily, Jenn Foong berkata, ketika menyemak emel pada 10 Januari lalu, beliau mendapati terdapat kiriman pada Sabtu yang memaklumkan bahawa dirinya telah diterima sebagai ahli parti MUDA.

“Saya berasa pelik dengan keadaan ini kerana saya tidak pernah mengisi borang permohonan menjadi ahli sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, MUDA juga tidak menghubunginya untuk menjelaskan perkara yang membingungkan itu.

“Saya rasa mereka perlu memberi penjelasan dan saya tidak tahu sama ada terdapat lebih ramai orang yang menjadi ahli tanpa memohon,” katanya.

Tambahnya, adalah hipokrit jika MUDA menyeru politik baharu, tetapi tidak mampu menguruskan isu permohonan dan kemasukan parti dengan baik.

Sementara itu, Syed Saddiq dilaporkan berkata, kejadian kemasukan parti tanpa memohon mungkin disebabkan terdapat pihak ketiga yang mengisi borang permohonan.

Katanya, orang ramai yang berdepan situasi itu boleh menghantar emel dan menyatakan diri sebagai bukan ahli untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pengundi muda 18 automatik jadi ahli muda pun automatik juga lah baru canggih parti muda malaysia ni .
    Semua orang muda 18 auto matik jadi ahli muda . Beres boh ……

Comments are closed.