Passat R- Line

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Passat R- Line baharu yang merupakan sebuah model naik taraf dengan kuasa lebih tinggi bersama ciri premium, sekali gus meningkatkan statusnya selaku sedan saiz sederhana paling laris di dunia.

Passat R- Line baharu kini lebih berkuasa kerana enjin turbo 2.0TSI itu mampu menjana 220PS dan tork 350Nm.

Enjin juga dipadankan dengan kotak gear klac basah DSG 6-kelajuan yang menawarkan pengalaman pemanduan dinamik.

Pemanduan juga boleh dipersonalisasi menerusi ciri Dynamic Chassis Control (DCC).

Perincian yang halus telah ditambah pada ruang kabin untuk menjadikannya lebih mewah.

Ciri paling ketara ialah sistem audio premium Harman Kardon yang terdiri daripada 12 unit pembesar suara berprestasi tinggi dan amplifier 700-watt.

Ia mampu menghasilkan pengalaman audio yang mengasyikkan dalam setiap perjalanan.

Kawalan pendingin hawa dengan sentuhan haptik yang ringkas dan mudahdigunakan turut disediakan.

Dipasang di Pekan, Passat R- Line baharu hadir dalam lima warna termasuklah warna perak (Scale Silver) baharu., menjadi ia model kedua di Malaysia yang menerima logo baharu Volkswagen.

Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI dan transmisi klac basah DSG 6-kelajuan yang mampu menjana 220PS dan tork 350Nm, Passat R-Line baharu menjanjikan pemanduan mengujakan buat mereka yang berani.

Pengalaman memandu dipertingkatkan lagi dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dan Driving Mode Selection yang membolehkan pemandu mengubah suai gaya pemanduan mengikut keperluan.

Penjimatan bahan api adalah sekitar 6.9l/100km.

Model ini mempunyai pilihan metalik perak (Scale Silver), biru (Aquamarine Blue), dan kelabu (Manganese Grey); manakala warna hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) ialah warna mutiara yang ditawarkan tanpa kos tambahan.

Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, Passat R-Line ditawarkan pada harga bermula RM211,916.88 dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. – MalaysiaGazette