PDRM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat kes kematian mengejut orang kena tuduh (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak hari ini.

Pengarah abatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan itu akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT).

“JIPS telah dimaklumkan berkenaan satu kejadian kematian OKT lelaki berusia 63 tahun pada pukul 11 pagi hari ini.

“OKT merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang telah dituduh pada 18 April 2021 di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“OKT telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada Selasa sementara menanti sebutan seterusnya esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  – MalaysiaGazette