zambry Naib Presiden
Zambry Abdul Kadir

PANGKOR – Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil pendekatan bersederhana dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu berkata, anggota kepimpinan parti itu mahu setiap pilihan raya dihadapi dengan sebaiknya, dan BN kini dalam tempoh memperkemas jentera untuk menghadapi sebarang pilihan raya, pada bila-bila masa.

“Kita sentiasa mengambil pendekatan yang bersederhana, kita tidak mahu terlalu angkuh, sombong tetapi sentiasa mengambil langkah dengan penuh hemat dan mengambil pendekatan dengan baik,” katanya ketika ditemui di Program High Profile Policing (HPP) dan Kayuhan Komuniti Ketua Polis Perak di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid. – Bernama