bendera korea utara
Gambar Hiasan

SEOUL – Korea Utara menguji peluru berpandu dari kereta api dalam latihan semalam, kata media kerajaan KCNA pada hari Sabtu.

Pengesahan itu menandakan Pyongyang melakukan ujian senjata ketiganya bulan ini, yang mencetuskan desakan Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan baharu terhadap negara itu.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, ia telah mengesan senjata itu sebagai dua peluru berpandu balistik jarak dekat yang dilancarkan ke arah timur dari Wilayah Pyongan Utara di pantai barat laut Korea Utara.

Agensi berita rasmi KCNA berkata, latihan menembak telah diadakan untuk “menyemak dan menilai kecekapan dalam prosedur tindakan rejimen bawaan kereta api”, yang diuji negara buat kali pertama September lalu, direka sebagai serangan balas yang berpotensi kepada mana-mana kuasa yang mengancam.

Ia adalah kali ketiga Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik sejak awalTahun Baru, ujian senjata yang luar biasa pantas.

Dua pelancaran sebelum ini melibatkan “peluru berpandu hipersonik” yang berkelajuan tinggi dan bergerak selepas pelancaran.

Latihan itu diadakan hanya beberapa jam selepas Pyongyang menyelar tindakan AS terhadap sekatan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung beberapa siri pelancaran baru-baru ini sebagai “provokasi” dan memberi amaran tentang tindak balas.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un tidak menghadiri latihan itu. KCNA berkata, pelancaran itu diadakan “secara singkat” oleh kakitangan am tentera tetapi bedilan itu tepat mengenai sasaran yang ditetapkan di pantai timur dengan “dua peluru berpandu taktikal”.

Pelancaran itu “menunjukkan kebolehgerakan dan kadar bedilan yang tinggi”, dan membincangkan cara untuk “menyediakan sistem operasi peluru berpandu bawaan kereta api yang betul di seluruh negara”, kata KCNA.

Korea Utara mempertahankan ujian peluru berpandu itu sebagai hak kedaulatannya untuk mempertahankan diri dan menuduh AS sengaja menyukarkan keadaan dengan sekatan baharu.

Washington mengecam pelancaran terbaharu itu, berkata, ia menimbulkan ancaman kepada jiran Pyongyang dan masyarakat antarabangsa, sambil mengulangi gesaan untuk memulakan semula rundingan penyahnuklear yang terhenti. – (https://www.reuters.com/world/asia-pacific/north-korea-used-railway-born-missile-fridays-test-kcna-2022-01-14/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast