Barisan Pemain Selangor MAC. Foto Selangor FC

KUALA LUMPUR – Pasukan futsal Selangor MAC membuka tirai saingan Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) sirkit 1 hingga 3 yang bermula hari ini selaku juara bertahan.

Selangor FC memaklumkan pertandingan berkonsepkan liga sepusingan itu diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic membabitkan 15 pasukan dengan lapan pasukan teratas akan layak ke Piala Futsal Malaysia 2022.

“Pasukan ini dilatih oleh ketua jurulatih yang telah membawa Selangor MAC menjuarai MPFL 2019, Addy Shairullyzam dan dibantu Ahmad Khairi dan Shao Yao Eoh. Manakala jurulatih penjaga gol, Firdaus Razali dan jurulatih kecergasan, Luqman Mat.

“Selangor FC berharap pasukan futsal Selangor MAC akan terus memberi saingan yang kuat dan menjuarai Cuckoo MPFL 2022. Semoga berjaya Gergasi Merah,” katanya menerusi kenyataan.

Berikut jadual perlawanan Selangor MAC bagi sirkit 1:

15 Januari jam 10.30 pagi – Selangor MAC lawan Negeri Sembilan

16 Januari jam 10.30 pagi – Selangor MAC lawan Kuala Lumpur

22 Januari jam 3 petang – Selangor MAC lawan PDRM FC

23 Januari jam 8.30 malam – Selangor MAC lawan KL City FC

– MalaysiaGazette