Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Foto MOHD ADZLAN.

KUALA LUMPUR – Orang Melayu di dalam tiga parti terbesar di Malaysia sepatutnya malu kerana tidak mampu bersatu dalam membentuk penyatuan.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk seri Ahmad Faizal Azumu berkata, seharusnya ketiga-tiga parti ini mampu duduk bersama dan memikirkan kepentingan rakyat.

“Seharusnya mengetepikan kepentingan diri sendiri, parti atau apa sahaja.

“Kalau itu pun kita tak mampu nak buat, jangan panggil diri anda sebagai pemimpin,” katanya dalam temu bual eksklusif OWH!MG.

Jelasnya lagi, isu parti mana untung itu tidak wajar dijadikan topik berbualan termasuklah di kedai-kedai kopi.

“Itu hanya menampakkan kelemahan orang Melayu sahaja.

“Ramai rakyat di luar sana yang masih susah, tetapi kita masih bertelagah begini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kestabilan politik di negara ini berjalan dengan baik.

“Adalah lebih baik jika dapat duduk bersama dan fikirkan pasal rakyat.

“Saya akan terus mencuba untuk perkara ini, duduk dengan kawan-kawan (berlainan parti).

“Walaupun saya agak pemalu, tetapi apabila bertemu dengan pemimpin parti lain, saya akan cakap mengenai perkara ini,” katanya.

Ketiga-tiga parti masih tidak mampu sepakat, apatah lagi Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini turut disertai UMNO tidak mampu diteruskan.

UMNO dan Pas sebelum ini yang membentuk Muafakat Nasional juga kini dikatakan dalam dilema apabila sebahagian daripada pemimpin Pas sudah menyatakan kesediaan untuk bersama (PN). -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. laaa kobyg pecah belah kan org Melayu, ko plak nak bercakap pasal penyatuan? Org Melayu pun malu tgk ahlu politik mcm kau

Comments are closed.