Selangor Police Chief, Datuk Arjunaidi Mohamed at a news conference on Ops Dadu and fake Covid-19 vaccination certs at the Selangor Police Contingent Headquarters. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 17 JANUARY 2022 Polyclinic Gombak fake Covid-19 certs vaccine vaccination
Selangor Police Chief, Datuk Arjunaidi Mohamed at a news conference on Ops Dadu and fake Covid-19 vaccination certs at the Selangor Police Contingent Headquarters. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 17 JANUARY 2022. Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed bercakap pada sidang media berkaitan kejayaan Ops Dadu dan penipuan sijil vaksinasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 17 JANUARI 2022.

SHAH ALAM – Sebuah Poliklinik di Gombak diserbu selepas didapati menjual sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada golongan anti vaksin berharga RM3,000.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan ini didalangi seorang pengamal perubatan warga tempatan.

Menurutnya, serbuan dilakukan selepas pesanan ringkas tular melalui aplikasi Whatsapp yang menyatakan klinik berkenaan menawarkan khidmat pendaftaran vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera tanpa perlu memberikan suntikan.

Klinik berkenaan merupakan klinik yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai salah satu fasiliti pemberi vaksin.

“Berdasarkan maklumat itu, polis telah membuat serbuan di sebuah poliklinik di Gombak Jumaat lalu.

“Kita merampas peralatan komputer yang dipercayai digunakan untuk mengisi data individu dalam sistem MySejahtera.

”Pemeriksaan di dalam komputer riba yang dirampas mendapati ada 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Arjunaidi berkata, polis sedang mengenal pasti jumlah individu yang telah didaftarkan tetapi tidak diberi suntikan vaksin Covid-19.

Jelas beliau, pemilik klinik berkenaan dan enam pekerja yang berumur antara 20 hingga 35 tahun telah ditahan.

Hasil siasatan juga mendapati, klinik berkenaan sebelum ini telah menjual sijil vaksinasi dengan harga RM3,000 sebelum mengurangkan harga kepada RM500 selepas berdepan dengan saingan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.- MalaysiaGazette