GEORGE TOWN – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Pulau Pinang, Datuk Danny Law Heng Kiang dilaporkan keluar daripada Parti DAP.
Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying mengesahkan pihaknya menerima surat peletakan jawatan daripada Danny Law hari ini.
Bagaimanapun, Hui Ying tidak mendedah perincian surat termasuk sebab bekas Exco itu meninggalkan DAP.
“Jawatankuasa DAP Pulau Pinang menghormati keputusan dan mengucapkan terima kasih atas khidmatnya sepanjang berada dalam parti,” kata Lim dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Danny Law merupakan bekas wakil rakyat di kawasan DUN Batu Lanchang, bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum yang lepas beliau tidak bertanding.
Danny Law merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bermula tahun 1999 hingga 2004.
Beliau kemudian dilantik semula pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan jawatannya sehingga 2018. – MalaysiaGazette