Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selaku Yang Dipertua MUIP telah berkenan untuk menerima sumbangan

KUANTAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang bantuan RM2 juta kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Kuantan hari ini.

Pemangku Raja Pahang selaku Yang Dipertua MUIP telah berkenan untuk menerima sumbangan tersebut dalam satu acara ringkas di Istana Abdul Aziz, di sini.

Sumbangan ini telah diserahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dengan disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

“Pihak MAIWP mengambil maklum tentang kejadian banjir yang telah menimpa beberapa buah negeri termasuklah negeri Pahang.

“Sehubungan itu, MAIWP telah melancarkan sumbangan sentuhan kasih ini sebagai satu inisiatif bagi membantu mangsa banjir yang terkesan,” katanya.

Difahamkan sumbangan ini telah dikhususkan untuk membantu mangsa banjir membina semula rumah mereka yang rosak dan musnah akibat banjir yang bermula akhir tahun lalu.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast