MGNews : Isu Bilangan Graduan PhD: Ada Ahli Politik Kurang Faham Dunia Akademik – MPN

MAJLIS Profesor Negara (MPM) menolak dakwaan kononnya Universti Putra Malaysia mengeluarkan jumlah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang banyak tahun ini.

Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MPM, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, setiap institusi pengajian tinggi yang bertaraf universiti penyelidikan seperti UPM mempunyai lebih 1,500 pensyarah yang mempunyai PhD dan layak menyelia sekurang-kurangnya seorang pelajar PhD.