covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini yang direkodkan semalam.

Dalam masa yang sama, lima daripada bilangan itu adalah kematian di luar fasiliti kesihatan.

Menurut data yang dikongsikan COVIDNOW, sehingga kini jumlah kematian akibat pandemik berkenaan mencecah 31,853 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu seramai tujuh orang.

Ia diikuti Perak (3), Johor (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Terengganu (2), Kedah (1), Kelantan (1), Pahang (1) dan Sarawak (1).

Manakala tiada kematian baharu di enam negeri iaitu Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.-MalaysiaGazette