KLANG – UMNO didakwa akan menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk mendesak Perdana Menteri supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan segera.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad berkata, parti itu akan menjadikan Johor satu lagi contoh untuk meyakinkan Datuk Seri Ismail Sabri bahawa pilihan raya selamat diadakan meskipun dalam waktu pandemik,dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau menyifatkan, UMNO hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata sekiranya jangkaan ini benar.
“Daripada apa yang kita baca, objektifnya adalah semata-mata untuk politik supaya kalau capai kemenangan dalam suasana PRN diadakan dalam suasana SOP pandemik maka akan digunakan sebagai hujah untuk tekan Ismail Sabri untuk adakan PRU dengan segera.
“Maka tujuannya adalah kepentingan politik semata-mata sedangkan tidak ada mana-mana pihak menghalang Barisan Nasional (BN) yang majoriti tipis melaksanakan apa yang nak?” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Jelajah Dasyat, pada hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan turut mempersoalkan tujuan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mahu mengadakan PRN Johor yang dilihatnya sebagai cara untuk mendapatkan sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meluluskan dasar kerajaan negeri.
“Kenapa kena buat PRN? Apa tujuannya? Adalah mahu kembalikan majoriti yang dengan itu boleh laksanakan dasar tertentu? Apa dasar yang nak dilaksanakan yang tidak boleh dapat sokongan DUN (Dewan Undangan Negeri) sekarang? Apa buktinya?,” soal beliau lagi.
Media hari ini melaporkan, Menteri Besar Jobor akan mengadakan sidang media khas esok berkaitan pembubaran DUN Johor.
Ibu Pejabat UMNO juga dilaporkan sudah mula bermesyuarat untuk membentuk gerak kerja jentera PRN Johor termasuk menentukan DUN angkat mengikut Negeri dan Bahagian.
Ura-ura turut mengatakan Hasni dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu hadapan bagi memohon perkenan pembubaran DUN.
Khalid menegaskan, PRN Johor hanya akan membazirkan wang negara kerana ia diadakan berasingan dengan PRU. -MalaysiaGazette
Tahun 2004, PAS menang 24 kerusi DUN Kelantan. Setahun selepasnya, seorang ADUN mereka meninggal dunia dan berlakulah PRK Pengkalan Pasir. PAS tewas menyebabkan kedudukan DUN berada pada angka 23-22.
Tetapi kerajaan itu kekal bertahan sehingga ke PRU 2008. Kerajaan ini digelar ‘Kerajaan Dua Undi’ kerana salah satu DUN yang dimenangi mereka ketika itu (DUN Kemuning) hanya mendapat majoriti 2 undi…..SEJARAH TIDAK MENIPU