Gambar hiasan

SINGAPURA –  Singapura melaporkan kematian pertama akibat varian Omicron hari ini.

Mangsa melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang meninggal dunia setelah  dijangkiti virus itu daripada ahli keluarganya.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan berkata, wanita itu  tidak divaksin dan sejarah perubatannya tidak diketahui.

“Setelah disiasat, doktor telah membuat kesimpulan kematian itu disebabkan jangkitan varian Omicron,” kata kenyataan yang sama.

Singapura pada Jumaat lalu melaporkan sebanyak 3,155 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dan terdiri daripada 2,794 jangkitan tempatan dan 361 import.

Peningkatan bilangan kes baharu itu disebabkan oleh kemasukan bilangan kes kategori protokol 2.

Kes Protokol 2 adalah individu yang sihat dan diuji positif atau telah dinilai oleh doktor untuk mempunyai simptom pandemik ringan. – CNA NEWS