Keadaan kereta milik D. Sivabalan yang terbabas ke dalam parit di KM53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah. foto PDRM

IPOH – Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah, D Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di KM53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan. – MalaysiaGazette