Orang ramai melihat kerosakan yang berlaku selepas serangan peluru berpandu oleh Houthi di Arab Saudi. foto Twitter

KAHERAH – Gabungan pimpinan Arab Saudi yang bertempur di Yaman berkata, dua warga asing, Sudan dan Bangladesh cedera ringan apabila peluru berpandu balistik yang dibedil oleh Houthi mendarat di selatan Arab Saudi, lapor media kerajaan pada Ahad.

Sejumlah bengkel dan kenderaan awam rosak dalam serangan yang mensasarkan zon perindustrian Ahad al Masarihah di barat daya Arab Saudi, kata agensi berita negara SPA.

Gabungan itu telah memerangi kumpulan Houthi di Yaman sejak 2015 dan memperhebatkan serangan udara selepas tentera Houthi melakukan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Emiriah Arab Bersatu anggota pakatan gabungan itu pada hari Isnin lalu.

Houthi turut melancarkan dan peluru berpandu dan dron di bandar-bandar Arab Saudi. – Today Online (https://www.todayonline.com/world/saudi-led-coalition-says-two-foreigners-injured-houthi-missile-attack-1797801)